Ramai yang mesej saya selepas posting minggu kedua tu tanya pasal diet DSSS. I was so excited to share about it, dan nampaknya ramai yang nak tahu lebih lanjut.
Saya sendiri pun masih belajar lagi. Baru sebulan, bang. Tapi takpe. InshaAllah saya akan cuba cerita serba sedikit apa yang saya tahu setakat ini.
Bagi saya, DSSS ni boleh dikatakan sebagai game-changer. Lepas cuba macam-macam cara diet lain, DSSS terasa paling natural. Tak perlu mengharamkan makanan kegemaran. Kita makan macam biasa, cuma susun isi pinggan ikut cara yang betul.
Menariknya, DSSS berpandukan pendekatan pemakanan antarabangsa yang dikenali sebagai The Plate Method. Di Malaysia, kita panggilnya Diet Suku Suku Separuh (DSSS). Senang nak faham, senang nak ikut.
Apa Sebenarnya DSSS?
Ok baik saya dah bagi mukadimah sikit. Sekarang kita mendalami apa benda Diet Suku Suku Separuh? Bayangkan pinggan makan anda dibahagikan kepada tiga bahagian: Separuh, suku dan suku.
- Separuh Pinggan – Sayur & Buah
Bahagian ini adalah yang terbesar dan paling penting. Penuhkan separuh pinggan dengan sayur dan buah yang kaya dengan serat, vitamin, dan mineral. Kajian menunjukkan pengambilan sayur dan buah yang mencukupi dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes (Harvard T.H. Chan School of Public Health). - Suku Pinggan – Karbohidrat
Yes, betul — anda tak perlu putus cinta dengan nasi! Cuma portion dia suku pinggan sahaja (lebih kurang sebesar genggaman tangan). Termasuk nasi, mee, roti, atau kentang. Kajian mendapati kawalan portion karbohidrat boleh membantu menstabilkan gula darah dan berat badan (National Library of Medicine). - Suku Pinggan – Protein
Pilih ikan, ayam, daging tanpa lemak, telur, atau sumber protein tumbuhan seperti tauhu dan tempe. Protein membantu rasa kenyang lebih lama dan mengekalkan otot.
Kelebihan DSSS adalah kesederhanaan. Tak payah kira kalori, tak payah timbang makanan. Cukup guna panduan visual ini.


Kenapa DSSS Sesuai Untuk Budaya Kita
Bila saya mula perjalanan kesihatan ini, cabaran terbesar adalah sustainability, maksudnya boleh ke bertahan lama? Kita dah tak perlu fikir pasal “diet food”. Kita boleh lagi enjoy nasi campur, nasi ayam, or even your favourite noodle soup. Apa yang kita harus buat adalah untuk be mindful of the portions on the plate.
DSSS membantu sebab:
- Fleksibel – Anda boleh makan nasi campur, nasi ayam, atau sup mee. Kat kenduri atau mamak pun boleh ikut.
- Tiada tekanan pantang – Tidak perlu mengharamkan makanan kegemaran, cuma susun portion dengan bijak.
- Visual yang mudah diingat – Sekali tengok pinggan, anda tahu kalau portion dah betul atau belum.
KKM sendiri mempromosikan DSSS melalui kempen Pinggan Sihat Malaysia. Walaupun sudah diperkenalkan sejak 2016, kajian mendapati hanya sekitar 20% orang dewasa Malaysia yang pernah dengar tentang konsep ini (PMC). Bagi mereka yang sedar, DSSS berkait rapat dengan pengambilan sayur dan buah yang lebih baik — terutamanya dalam kalangan mereka yang ada obesiti atau penyakit metabolik.
DSSS Disokong Sains, Bukan Trend Sementara
Di Malaysia, kami guna nama Pinggan Sihat atau Diet Separuh Suku Suku. Di luar negara, ia dikenali sebagai The Plate Method yang telah digunakan oleh pelbagai organisasi kesihatan antarabangsa termasuk Harvard T.H. Chan School of Public Health, USDA, dan Diabetes Canada.
Beberapa fakta menarik:
- Kajian PCORI mendapati Plate Method memberi kesan yang sama baiknya dengan kira kalori dalam penurunan berat badan, malah lebih membantu dalam penurunan tekanan darah (PCORI).
- Menggunakan visual pinggan untuk kawal portion terbukti mengurangkan pengambilan kalori harian tanpa rasa “berdiet” (National Library of Medicine).
Dengan DSSS, kita tidak buat eksperimen pelik — ini adalah sains pemakanan yang sesuai dengan budaya makan kita.
Cara Saya Amalkan DSSS dan Tips Untuk Anda
Awalnya, saya rasa janggal nak fikir tentang portion setiap kali makan. Tapi selepas beberapa hari, ia jadi automatik.
Saya tidak ada ada apa-apa knowledge pasal diet apatah lagi pasal nutrition. Jadi, kita main ikut je apa-apa advice di luar sana. Saya dah cuba macam-macam. Ada yang jenis no carbs, ada yang intermittent fasting, ada yang makan sayur sahaja. Pada saya, semua jenis diet macam tak natural.
Kita duk Malaysia ni, akan sentiasa dikelilingi makanan. Susah sangat nak bertahan kalau semua makanan tak boleh. Jadi, bila saya belajar lebih pasal DSSS, ia membuka ruang untuk bersederhana. Kita kan belajar Islam ni Wasatiyyah (وسطية) atau jalan tengah. Cewah.
Basically, dengan cara DSSS ni saya boleh enjoy makanan kegemaran sambil kekal di landasan sihat.
Disamping itu, saya juga mengamalkan Brisk Walking beberapa hari seminggu. Memang nampak simple, tetapi gabungan ini sangat membantu kesihatan saya. Especially sekarang semakin berumur, kan? Kita mencari aktiviti yang low impact, tapi sangat berkesan.
Saya harap perkongsian ni dapat membantu korang jugak dalam perjalanan masing-masing.

