Kita Bermula Hari Ini

Bismillah. Okey, jom kita bermula. Saya mulakan blog ni untuk mencatat perjalanan saya kembali kepada gaya hidup yang lebih sihat. Tak kisah kalau tak ramai yang baca, saya tulis ni pun untuk diri saya sendiri.

Nama saya… eh, nama tak penting sangatlah. Yang penting, saya lelaki 43 tahun. Berat sekarang 93kg, tinggi 176cm. Berat ideal saya ialah 75kg. Tengoklah kalau boleh mencapai target tu dalam masa 12 bulan ini. Tak banyak pun – cuma perlu buang 18kg je!

Ya, banyak sangat info peribadi. Tapi, tak apalah. Biarlah saya vulnerable dan transparent. Lagi mudah untuk saya dokumen semua nanti. Lagipun, saya tulis ni untuk diri sendiri je.

Latar Belakang

Sebelum kita mara ke hadapan, saya nak imbas kembali sedikit pasal diri saya dulu. Zaman kegemilangan. Cewah! Sekurang-kurangnya dari segi kesihatan saya.

Masa sekolah dulu, saya memang aktif. Bola sepak, bola tampar, olahraga – semua saya main. Wakil sekolah untuk pertandingan peringkat daerah pun pernah. Memang fit masa tu. Tengok balik gambar, badan memang tegap.

Lepas sekolah pun saya masih aktif. Kerap jugak pergi hiking, main futsal, banyak berjalan dan aktiviti riadah lain. Badan masih sihat, stamina masih ada.

Zaman muda 20’an dan awal 30’an memang gaya hidup sihat lagi.

The Slow Decline

Bila masuk pertengahan 30-an tu, fokus saya dah bertukar. Masa tu agaknya saya nak fokuskan lebih kepada menjalankan bisnes dan membangunkan famili.

Perlahan-lahan, berat badan mula naik. Selain daripada kehidupan tak aktif, ditambah lagi dengan stress bisnes. 

Berat badan naik ke 85kg.

Tapi pada masa itu, saya memberi alasan – “Normal lah, dah tua ni metabolism slow down”

Kalau nak difikirkan, satu-satunya aktiviti fizikal pada masa tu adalah naik motor untuk jumpa klien sana sini. Core strength dan balance masih ada sikit sebab nak kena kawal motor, kan?

Berat Badan Naik Lagi

Lepas tu, musim COVID pula. Masa tu saya baru masuk 40 tahun. Lagilah tak bergerak. Jumpa klien secara online saja. Kita semua bekerja dari rumah masa tu, kan?

Berat melambung ke 93kg. BMI masuk kategori obes. We are crossing dangerous territory, gang!

Dan itu baru permulaan masalah. Asma yang saya ada sejak kecil, tiba-tiba muncul semula selepas era COVID. Dah tak boleh main-main lagi dah. Something needs to change!

Dah Cuba Macam-Macam

Saya dah cuba berkali-kali nak kurus. Diet itu, senaman ini. Tapi semua tak menjadi. Ada masa tu tak lepas seminggu. Ada yang bertahan beberapa bulan. Tapi, once momentum putus, habis hilang semangat.

Tapi sekarang, dah masuk 43 tahun, saya tak ada pilihan lain. Saya taknak sakit, masuk hospital, menyusahkan keluarga. Sekarang ni badan masih boleh bertahan lagi. Tapi saya tahu, badan saya tak boleh tahan lama lagi. Badan orang 40-an akan terus merosot. 

Nak taknak, saya perlu mencuba lagi.

Kali ini, untuk meneruskan perjalanan kesihatan ini, saya perlu bertanggungjawab atas tindakan saya. Salah satu caranya adalah dengan mempunyai rakan akauntabiliti.

Sokongan Komuniti

Tuhan Maha Kuasa. Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui segalanya. Tanpa disedari, segala keluhan senyap dan kerisauan saya, sebenarnya menjadi doa. Tanpa disedari, Allah dah aturkan segalanya untuk saya.

Minggu lepas, saya terjumpa Facebook group diet cara makanan seimbang. Mesej group ini adalah untuk adakan makanan seimbang dalam setiap hidangan – iaitu mesti ada sayur-sayuran (atau buahan), protein dan karbohidrat yang mencukupi. Semuanya dalam nisbah yang betul.

Member dia semua berkongsi tip, memberi semangat antara satu sama lain. Dan lebih daripada itu, bila saya membaca perkongsian mereka, memang membuat saya semangat sangat.

Saya bertekad untuk menurunkan berat badan ke 75kg dalam masa setahun. Realistik ke? Kita akan tengok.

Saya tak nak penyelesaian pantas (quick fix). Saya nak perubahan gaya hidup yang mapan. Saya nak jadi contoh untuk diri saya sendiri bahawa pada umur 43, tak pernah terlambat untuk bermula.

Kenapa Buat Blog

Saya jenis orang yang suka berfikir. Antara percubaan saya sebelum ni, saya takde komponen accountability. Jadi, bersama dengan komuniti Facebook group tadi, saya mulakan blog ini juga untuk rekod perjalanan saya. 

InshaAllah dengan adanya dua komponen baru ini, strategi saya akan lebih berkesan dan bertahan lama. Pasang mindset betul, ada tactic diet, ada cara exercise berkesan, ada sokongan komuniti, ada blog untuk rekod progres saya.

Kalau ada orang baca dan dapat motivasi, Alhamdulillah. Kalau tak, sekurang-kurangnya saya ada rekod untuk diri sendiri.

Jadi, mari kita mulakan. Perjalanan bermula hari ini.

Doakan saya, dan kalau korang ada perjalanan sendiri, jom kita sokong antara satu sama lain. Kerana akhirnya, kita semua dalam perjuangan yang sama – nak menjadi terbaik bagi diri sendiri, keluarga, dan masyarakat.

Related posts

Leave the first comment